Anugerah Pemain Terbaik Major League Baseball

Anugerah Pemain Terbaik Major League Baseball (bahasa Inggeris: Major League Baseball Most Valuable Player Award) atau disebut sebagai MVP, merupakan anugerah Major League Baseball yang disampaikan kepada pemain paling menyerlah di American League dan National League pada setiap tahun. Sejak tahun 1931, ia telah dianugerahkan oleh Baseball Writers Association of America (BBWAA). Pemenang akan memperoleh Kenesaw Mountain Landis Memorial Baseball Award. Anugerah ini bersempena Pesuruhjaya MLB pertama, Landis yang berkhidmat dari tahun 1920 sehingga 1944.[1] Pengundian MVP diambil kira sebelum memasuki postseason Major League Baseball. Keputusan akan diumumkan setelah berakhirnya Siri Dunia. BBWAA mengambil pilihan tiga penulis di setiap bandar liga pada tahun 1938. Mulai tahun 1961, mereka hanya mengambil dua orang penulis di setiap bandar liga.[2]

Posisi first basemen merangkul anugerah terbanyak iaitu seramai 34 orang pemenang dan merupakan posisi infielder terbanyak memenanginya. Seterusnya pula ialah second basemen (16), third basemen (15) dan shortstops (15). Jumlah pitcher yang meraihnya seramai 24 orang manakala 15 daripadanya ialah bertangan kanan dan selebihnya pula ialah pemain kidal. Hanya Walter Johnson, Carl Hubbell dan Hal Newhouser merupakan pitcher yang meraihnya lebih daripada satu kali. Newhouser merangkulnya sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 1944 dan 1945.[3] Stan Musial, Alex Rodriguez dan Robin Yount telah memenanginya di posisi yang berbeza.[3] Rodriguez juga menjadi satu-satunya pemain yang memenangi anugerah tersebut bersama dua pasukan berbeza dan di dua posisi berbeza.[4] Barry Bonds pula merupakan pemain yang memenangi anugerah terbanyak iaitu sebanyak tujuh kali. Beliau juga meraihnya terbanyak secara berturut-turut iaitu empat kali dari tahun 2001 hingga 2004.[5] Jimmie Foxx menjadi pemain pertama yang meraihnya lebih daripad sekali.[6] Terdapat sembilan orang pemain yang telah merangkulnya sebanyak tiga kali dan 19 orang pemain pula telah meraihnya sebanyak dua kali.[7]

Satu-satunya perkongsian mata berlaku pada tahun 1979 di National League apabila Keith Hernandez dan Willie Stargell meraih jumlah mata yang sama.[3][8] There have been 17 unanimous winners, meaning they received all the first-place votes.[2] Pasukan New York Yankees melahirkan pemain teramai untuk menerima anugerah ini iaitu seramai 22 orang. Pasukan St. Louis Cardinals menyusul di tempat kedua dengan 17 orang pemain. Pemenang terkini ialah Aaron Judge di American League dan Paul Goldschmidt di National League.[9]

  1. ^ Gillette, Gary; Palmer, Pete (2007). The ESPN Baseball Encyclopedia (ed. Fourth). New York City, New York: Sterling Publishing Co. m/s. 1763. ISBN 978-1-4027-4771-7.
  2. ^ a b Gillette & Palmer, pp. 1764–1765
  3. ^ a b c "Major League Baseball's Most Valuable Player Award Winners". Baseball Digest. Evanston, Illinois: Century Publishing Co. 59 (12): 86–89. December 2000. ISSN 0005-609X. Dicapai pada December 29, 2009.
  4. ^ "Alex Rodriguez Statistics". Baseball-Reference. Sports Reference LLC. Dicapai pada December 3, 2009.
  5. ^ "Barry Bonds Statistics". Baseball-Reference. Sports Reference LLC. Dicapai pada December 3, 2009.
  6. ^ "Jimmie Foxx Statistics". Baseball-Reference. Sports Reference LLC. Dicapai pada December 3, 2009.
  7. ^ "Most Valuable Player MVP Awards & Cy Young Awards Winners". Baseball-Reference. Sports Reference LLC. Dicapai pada January 4, 2014.
  8. ^ "Baseball Awards Voting for 1979". Baseball-Reference. Sports Reference LLC. Dicapai pada December 28, 2009.
  9. ^ "Baseball Awards Voting for 2022". Baseball-Reference. Sports Reference LLC. Dicapai pada June 13, 2023.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search